Showing posts with label Timeline. Show all posts
Showing posts with label Timeline. Show all posts
Tuesday, 6 August 2013
[18] Akulah Bayang-Bayang Itu
akulah bayang-bayang itu-- yang kau kejar yang kau cuba sentuh yang kau hanya mampu lihat. aku sudah lama mati dalam hati kau.
[17] Obor Angkuh dan Riak
Setiap hari semakin dekat kita dengan mati. Setiap langkah menuju mati masih ramai yang megah menjulang obor angkuh dan riak.
[16] Cermin
Mungkin kau kena tahu bahawa cermin pun dah meluat bila kau hadap tengok diri sendiri; yang kau nampak semuanya sempurna belaka.
[15] Bunuh Kepercayaan
Bagaimana cara untuk bunuh kepercayaan? Senjatanya utamanya ialah-- dusta.
[14] Babak Tidak Berdialog
Pertemuan kita dalam mimpi malam tadi umpama babak drama tanpa skrip. Kau diam; aku diam.
[13] Palsu
jangan senyum; sebab aku tahu segaris senyuman itu ialah garisan yang paling pudar. setawar hatimu sekarang.
[12] Hempap
menara yang kau agungkan itulah yang bakal menghempap kau sehingga kau rasa bagaimana rasanya bila berada di bawah-- jangan bermegah sangat, kawan.
[11] Sundal & Jalang
lelaki pun ada yang-- jalang ada juga yang-- sundal.
[10] Rindu Itu Milikku
dari sisi lain aku rasakan biarlah aku begini; terus merindu walau aku tahu engkau tidak mungkin akan aku miliki. tapi rindu itu milikku
[9] S E M P U R N A
sebelum kamu mencari kesempurnaan kamu harus cari kekurangan dalam diri kamu.
[8] Abaikan
Jadilah manusia yang tidak mensia-sia saat kau bersendiri. Abaikan saat indah yang kau bilang 'kenangan paling indah'.
[8] Tempat Larangan
Ada satu tempat larangan yang aku halang sesiapa pun untuk masuk dengan izin ataupun ceroboh-- hati aku.
[7] Maafkan
yang terdera itu jiwa-- bila kau simpan dendam lama-lama kelak bernanah; baunya hanyir. maafkan dia; tak terluak sekuman pahala.
Subscribe to:
Posts (Atom)