bil-bil dosaku siapa mahu langsaikan?
sudah seusia aku tertangguh,
bila nanti Tuhan mahukan hakNya,
aku takut tidak terbayar hutang.
bil-bil dosaku sudah bertimbun,
bahu kiriku melentur,
hampir roboh,
usiaku mencium ajal.
--aku takut tak terbayar hutang,
kepada Tuhan.
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Thursday, 12 December 2013
Wednesday, 6 November 2013
[26] Jangan Diburu Kehilanganku
Nanti bila mana aku sudah tiada di sini,
mohon tiada siapa yang akan mencari,
memburu kehilanganku.
mungkin nanti--
aku akan jadi hamba
aku akan jadi kuli
atau; paling bertuah,
aku akan diangkat keluarga asing.
siapa tahu?
pencarian ini boleh menjentik
sisi gelap pergi jauh
hingga aku lupa bahawa aku pernah--
menyelam ke laut derita paling zulmat
airnya bukan masin, tetapi pahit
tidak terdaya mahu ku telan
semacam hempedu pecah dalam mulut.
jangan diburu kehilanganku,
jangan diburu kehilanganku,
jangan diburu kehilanganku.
aku tidak mahu diburu.
mohon tiada siapa yang akan mencari,
memburu kehilanganku.
mungkin nanti--
aku akan jadi hamba
aku akan jadi kuli
atau; paling bertuah,
aku akan diangkat keluarga asing.
siapa tahu?
pencarian ini boleh menjentik
sisi gelap pergi jauh
hingga aku lupa bahawa aku pernah--
menyelam ke laut derita paling zulmat
airnya bukan masin, tetapi pahit
tidak terdaya mahu ku telan
semacam hempedu pecah dalam mulut.
jangan diburu kehilanganku,
jangan diburu kehilanganku,
jangan diburu kehilanganku.
aku tidak mahu diburu.
[25] Racun Dalam Salur Darah
mana dulu yang perlu dipersalah?
tikaman matamu
atau cara layananmu yang bukan seperti seorang kawan?
atau layaknya darjat itu seperti seorang kekasih?
seperti mereka yang lain--
namanya juga kawan
layanan sebagai kawan
tapi caramu?
sebelum hujan berhenti
atau sebelum rinduku terhadapmu menjadi racun
deras mengalir dalam salur darah,
ku rasakan ia bukan sahaja rindu semata-mata
tetapi ia menunggu degupan jantungku berhenti.
mohon dipercepat.
tikaman matamu
atau cara layananmu yang bukan seperti seorang kawan?
atau layaknya darjat itu seperti seorang kekasih?
seperti mereka yang lain--
namanya juga kawan
layanan sebagai kawan
tapi caramu?
sebelum hujan berhenti
atau sebelum rinduku terhadapmu menjadi racun
deras mengalir dalam salur darah,
ku rasakan ia bukan sahaja rindu semata-mata
tetapi ia menunggu degupan jantungku berhenti.
mohon dipercepat.
Tuesday, 29 October 2013
[24] Perempuan Jalang, Sundal dan Pembawa Malapetaka
khabarnya,
aku ini perempuan jalang,
senang ditiduri
mudah sahaja lidah ini berada dalam mulutnya,
pegang tangan tidak terasa hangat.
katanya,
aku ini perempuan sundal,
hubungan sekejap tidak permah kekal,
kerap menangis semangat tidak kebal,
mudah dapat lelaki, sundal bermuka tebal.
sambungnya lagi,
aku ini perempuan celaka,
diberi nikmat dibalas puaka,
selalu bermuram jarang ketawa.
habis,
kau itu lelaki yan bagaimana ya?
mulia?
[23] Burit
sudah tersepit,
lidah terbelit,
tak mampu menjerit,
hampir terburai burit,
apakah seronok rasa perit?
nah--rasakan!
sesungguhnya itu bukan yang ku pinta
tapi itulah yang wajib kau terima.
Wednesday, 14 August 2013
[22] Baris Sajak
kamu adalah baris-baris sajak
dan akulah penyajaknya.
bahagia kamu--
bahagia juga aku.
deritanya kamu--
derita juga aku.
nada suaraku pasti
tidak selalu tenang
tidak juga kerap girang--
kerana kamu adalah
baris-baris sajak
dan aku--
penyajakmu.
Saturday, 10 August 2013
[20] Niat
Ada di antara mereka
yang memilih untuk dipuji.
Ada di antara mereka
yang tidak tahan dihina.
Ada di antara mereka
hanya sekadar memandang.
Masing-masing punya jalan
punya tujuan; hanya niat yang membezakan
sama ada baik atau buruk.
Friday, 9 August 2013
[19] Wujud
Jadi--
memang benarlah
aku hanya wujud dalam sajak-sajak cintamu
yang kau tulis dan--
tidak pernah wujud dalam hati
walhal bibirmu sejengkal dengan kepunyaan aku?
Saturday, 3 August 2013
[6] 2020
Teruskan menjual cita-cita kami
dengan wang hasil jualan
impian Malaysia Maju 2020.
Rasuah itu perniagaan
dan pertanian cuma alat
untuk menjadikan modal
perusahaan menjual cita-cita kami.
Minda kelas pertama?
Itu hanya impian
sebilangan kecil dari kalian.
Omong kosong!
Wednesday, 26 June 2013
[04] Adil
Segala apa yang diperlaku
sama dan keji atau baik,
akan tetap berbalik
seolah-olah cermin
yang memantulkan bayangan
apabila bersatu dengan cahaya.
Magisnya di sini ialah--
madu kau lempar;
madu juga yang kau akan sahut.
bisa kau campak;
bisa juga yang kau akan sambut.
Tiada yang tidak adil di dunia.
Tuesday, 25 June 2013
[03] —Am
Berbalam-balam;
cahaya kelam
nafas tenggelam
terbuka kisah silam
—Nyawa terpadam.
Monday, 24 June 2013
[02] Kawan
Bila mana aku sedang susah
dicengkam permasalahan
bahu hampir patah
ruang bising kian sepi
tiada yang bersuara; cuma titis air mata.
Kawan; tidak aku nampak--
Melainkan susuk tubuh
yang hanya boleh melihat dari jauh--
Kawan; hanya boleh dibilang dengan jari
bila aku sedang susah,
Aku mahukan tulang belakang untuk sokongan
bukan mahu membebankan.
[01] Hujan Marah
Sebelumnya hujan turun tanpa menghirau
apa yang manusia mahukan;
Sememangnya manusia mana pernah rasa puas.
Tidak langsung terkesan buat Sang Hujan
jika manusia tidak meredhai kehadirannya
sedangkan Sang Hujan hanya menurut perintah Tuhan-Nya.
Sampai dicerca dan dihalau pun--
Hujan akan turun jika itulah yang diperintahkan; akur,
tidak punya banyak alasan; patuh.
Ketentuan Tuhan; siapa berani lawan?
Ya, hanya manusia berani melawan.
Rasa tidak bersyukur bila mana hujan turun
tidak langsung mereka sedar bahawa setiap
apa yang diberikan; ada hikmah di sebaliknya.
Kini; kabus putih memenuhi segenap ruang,
udaranya pula penuh dengan molekul-molekul kotor
yang hanya mampu dihalau oleh hujan; sesuatu yang turun dari langit.
Hujan--
Mungkin sedang marah terhadap manusia,
bila ia datang mencium tanah
menyuburkan tanaman--
Ia dianggap sebagai ancaman
bagi manusia kerana mereka mahukan matahari.
Mereka mahu panas
Mereka benci hujan.
Lantas--
Hujan hanya memberi ruang
kepada matahari kerana hujan--
Sudah marah.
Subscribe to:
Posts (Atom)