Sebelumnya hujan turun tanpa menghirau
apa yang manusia mahukan;
Sememangnya manusia mana pernah rasa puas.
Tidak langsung terkesan buat Sang Hujan
jika manusia tidak meredhai kehadirannya
sedangkan Sang Hujan hanya menurut perintah Tuhan-Nya.
Sampai dicerca dan dihalau pun--
Hujan akan turun jika itulah yang diperintahkan; akur,
tidak punya banyak alasan; patuh.
Ketentuan Tuhan; siapa berani lawan?
Ya, hanya manusia berani melawan.
Rasa tidak bersyukur bila mana hujan turun
tidak langsung mereka sedar bahawa setiap
apa yang diberikan; ada hikmah di sebaliknya.
Kini; kabus putih memenuhi segenap ruang,
udaranya pula penuh dengan molekul-molekul kotor
yang hanya mampu dihalau oleh hujan; sesuatu yang turun dari langit.
Hujan--
Mungkin sedang marah terhadap manusia,
bila ia datang mencium tanah
menyuburkan tanaman--
Ia dianggap sebagai ancaman
bagi manusia kerana mereka mahukan matahari.
Mereka mahu panas
Mereka benci hujan.
Lantas--
Hujan hanya memberi ruang
kepada matahari kerana hujan--
Sudah marah.
No comments:
Post a Comment