Saturday, 27 July 2013

[5] Puisi?


Ayat cuma dua baris, itu yang dibilang puisi? Bagai dua perbualan yang tergantung, itu yang dibilang puisi? Tatabahasa entah ke mana, itu yang dibilang puisi? Campur-aduk dua bahasa yang entah apa tujuan sebenar, itu yang dibilang puisi? Tiada yang tersirat dalam dua baris itu namun hanya kau (penulis) sahaja yang boleh faham, itu yang dibilang puisi? Dua baris situ juga ditempelkan dalam satu muka surat, itu yang dibilang puisi? Oh nampaknya entry aku kali ini boleh dibilang puisi juga, ya? Kalau begitu, aku juga boleh menulis buku seperti kau, kan?


5 comments:

  1. Replies
    1. PUISI yang baik bagi saya ialah puisi yang boleh difahami orang, yang enak dibaca, sedap dideklamasikan dan yang paling penting, yang mudah menyerap masuk ke dalam liang hati pembaca :)

      Delete
  2. Melalui puisi juga dapat mengambarkan bagaimana perasaan seseorang :)

    ReplyDelete